Fiqh al-Tarbiah Analisis Ringkas Naratif Sirah Nabawiyyah Dalam Konteks Pendidikan Islam
Description
Acuan Fiqh Tarbiah dalam dimensi sirah merupakan suatu asas pendidikan yang berlandaskan sunnah dan sejarah hidup Nabi Muhammad s.a.w. Pendidikan daripada sirah nabawiyyah adalah suatu unsur yang sangat signifikan dalam kurikulum, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam di pelbagai peringkat pengajian untuk melahirkan umat Islam yang cemerlang sebagaimana kegemilangan umat Islam terdahulu. Kajian ini merupakan kajian kepustakaan. Pengumpulan data dilakukan menggunakan metode dokumentasi melalui penulisan ilmiah seperti buku, jurnal, kertas persidangan dan lain-lain. Hasil kajian ini menunjukkan pelaksanaan fiqh tarbiah berteraskan sirah nabawiyyah terhadap individu, keluarga dan masyarakat perlu dibugarkan kembali dalam kehidupan seharian. Kesimpulannya, tidak dapat dinafikan lagi bahawa, sirah nabawiyyah sangat penting untuk dipelajari, dihayati dan diamalkan. Sebagai seorang Muslim yang beriman dengan Allah s.w.t dan Rasul-Nya, kita sepatutnya menjadikan sirah perjalanan hidup baginda s.a.w sebagai ikutan dan petunjuk dalam setiap perkara dalam hidup ini demi meningkatkan rasa takwa dan memperolehi keberkatan di dunia dan akhirat.
Files
Fiqh al-Tarbiah Analisis Ringkas Naratif Sirah Nabawiyyah Dalam Konteks Pendidikan Islam.pdf
Files
(4.4 MB)
Name | Size | Download all |
---|---|---|
md5:38b6973782aec3dc3e60988837208522
|
4.4 MB | Preview Download |
Additional details
Related works
- Is referenced by
- Journal article: https://www.researchgate.net/publication/345317973_Fiqh_al-Tarbiah_Analisis_Ringkas_Naratif_Sirah_Nabawiyyah_Dalam_Konteks_Pendidikan_Islam (URL)