Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah

Authors

  • Mohamad Zaim Isamail Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Joni Tamkin Jabatan Syariah dan Ekonomi, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, 50603 Kuala Lumpur, Malaysia
  • Mohd Fauzi Abu Hussin Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, 81310 UTM Johor Bahru, Johor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.11113/jt.v64.1668

Keywords:

Pembiayaan semula perumahan, Musharakah Mutanaqisah, BayÊ» Inah

Abstract

Pembiayaan perumahan secara Islam melalui perbankan Islam di Malaysia mengadaptasi pelbagai bentuk instrumen kewangan Islam. Ini bergantung kepada kehendak dan keperluan sesebuah bank/institusi kewangan Islam tersebut. Antaranya adalah penggunaan Bay’ BithamanAjil (BBA), Ijarah dan sebagainya. Namun, sejak kebelakangan ini, terdapat kritikan yang mempersoal kerelavanan instrumen tersebut bagi membiayai pembiayaan perumahan mahupun pembiayaan semula perumahan. Justeru, satu lagi instrumen baru telah diperkenalkan, iaitu kontrak Musharakah Mutanaqisah. Kontrak ini telah diamalkan oleh beberapa bank Islam terpilih di Malaysia. Oleh kerana kontrak ini masih di peringkat awal pelaksanaan, objektif utama kertas kerja ini akan menganalisis dan menjelaskan secara kritikal konsep pelaksanaan penggunaan kontrak tersebut yang di aplikasi bagi pembiayaan semula perumahan (Home Refinancing). Kajian ini memfokuskan kepada dua bank utama yang mengaplikasi kontrak tersebut, iaitu RHB Islamic Bank Berhad (RHBIBB) dan juga Maybank Islamic Berhad (MIB).Antara objektif lain dalam kajian ini juga akan menjelaskan persoalan mengenai kebolehan pihak pelanggan melaksanakan pembiayaan semula perumahan sekiranya ianya berlaku di dua bank yang berbeza. Sebagai contoh dari RHBIB ke MIB. Selain itu, kajian ini juga akan menjawab persoalan utama dalam muʻamalat, iaitu sama ada pembiayaan semula perumahan ini mempunyai unsur ʻInah ataupun tidak. Dalam menjalankan kajian ini, kajian perpustakaan dan temu bual telah digunakan untuk mengumpul data dan maklumat yang berkaitan. Temu bual telah dijalankan di kedua-dua bank yang disebutkan di atas. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan pelbagai kaedah yang merangkumi metode induktif, deduktif dan juga komparatif. Antara lain, dapatan kajian daripada analisis ini mendapati bahawa terdapat beberapa isu-isu berbangkit akibat daripada penggunaan kontrak ini dalam pembiayaan semula perumahan, antara seperti isu pemilikan apabila seseorang pelanggan hendak mendapatkan pembiayaan semula perumahan, sedangkan rumah tersebut masih dikongsi dengan pihak bank. Begitu juga dengan permasalahan penetapan harga rumah yang hendak dibiayai semula. Hasil daripada analisis ini, beberapa cadangan dikemukakan bagi memperhalusi lagi pelaksanaan kontrak ini.

References

ʻAbd al-Rahman Al-Juzairi. 2003. Al-Fiqh ʻAla Al-Madhahib al-Arbaʻah: Mubahith Al-Ijarah. Beirut: Al-Maktabah Al-ʻAsriyyah. 3: 656–657.

Abd Mumin Abd Ghani. 1999. Sistem Kewangan Islam dan Pelaksanaannya di Malaysia. Kuala Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Abd. Ghafar Ismail et al. 2011. Kamus Kewangan Islam. Cet. ke-1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abi Muhasin ʻAbd al-Wahid bin Ismaʻil al-Ruyani. 2002. Bahr al-Madhab fi Furuʻ Madhab al-Imam al-Syafiʻi. Beirut: Dar Ihya’ al-Turath al-ʻArabi. 6: 278.

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI). 2007. Al-Maʻayir al-Syarʻiyyah. Piawaian Syariah berkaitan Ijarah, klausa 7/2/2.

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI). 2007. Al-Maʻayir al-Syarʻiyyah. Piawaian Syariah berkaitan Ijarah, klausa 7/2/2.

Al-Bujairimi. 1995. Bujairimi ʻAla al-Khatib. Beirut, Dar al-Fikr. 3: 206.

Al-Husni. 1994. Kifayah al-Akhyar. Beirut: Dar al-Fikr.

Al-Mawardi (tahkik Mahmud Matraji). 1994. Al-Hawi al-Kabir. Beirut: Dar al-Fikr. 8: 237.

Azizi Yahaya et al. 2006. Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis & Interpretasi Data. cet. ke-1. Kuala Lumpur: PTS Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Bagja Waluya. 2007. Sosiologi: Menyelami Fenomena Sosial Di Masyarakat. Cet. ke-1. Bandung: PT Setia Purna Inves.

Bank Negara Malaysia. 2010. Resolusi Syariah Dalam Kewangan Islalam. cet. ke-2. Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia.

Ibn Qudamah. 2004. Al-Mughni. Kaherah: Dar al-Hadis. 5: 578.

Ibn Qudamah. 2004. Al-Mughni, j. 8, Kaherah: Dar al-Hadis.

Kementerian Waqaf dan Hal Ehwal Islam Kuwait. 2005. Al-Mausuʻah Al-Fiqhiyyah.

Muhammad Bin ʻIsa al-Tarmizi al-Salami. t.t. Jamiʻ Tirmizi, Bab Ma Jaa’ Fi al-Taʻsir. no Hadith 1314. Beirut: Dar Ikhya’ al-Turath Al-ʻArabi. 3: 605.

Muslim Bin al-Khajjaj AbuHusin al-Qushairi. t.t. “Sahih Muslim,†Beirut : Dar Ikhya’ al-Turath Al ʻArabi. 3: 1157 Kitab Al-Buyuʻ, Bab Tahrim Bayʻ al-Khadir Lilbadi, no Hadith 1522.

Muwaffaq al-Din Abi Muhammad ʻAbd Allah bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah. 1997. al-Kafi. Giza: Hajar. 3: 135.

Nazid Hammad. 2001. Buhuth Fi al-Fiqh al-Muʻamalat al-Maliyyah Wa al-Masrafiyyah al-Muʻasirah. Beirut: Dar al-Basha’ir al-Islamiyyah.

Sayyid Sabiq. 1971. Fiqh Sunah. Beirut: Dar al-Kitab al-‘Arabi. 3: 189.

Suruhanjaya Sekuriti. 2006. Buku Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti. cet. ke-2. Kuala Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti.

Tafsir pimpinan al-Rahman. 1983. Ed. ke-6. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Tafsir pimpinan al-Rahman. 1983. Ed. ke-6. Kuala Lumpur: Bahagian Hal Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Temu bual bersama Encik Muhammad Sofiyussalam, Eksekutif Kanan, Jabatan Syariah, RHB Islamic Bank Berhad di Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 29 November 2012.

Temu bual bersama Encik Syafiq Izwan Bin Ramlan, Eksekutif Syariah, Jabatan Syariah, RHB Islamic Bank Berhad di Menara Yayasan Tun Razak, Jalan Bukit Bintang Kuala Lumpur pada 29 November 2012.

The International Council of Fiqh Academy. 2004. Al-Musharakah al-Mutanaqisah And Its Syariʻah Rules. (Resolusi yang ke-136, 2/15 pada 6-11 Mac 2004 di Masqat, Oman).

Downloads

Published

2013-09-18

Issue

Section

Social Sciences

How to Cite

Analisis Kritikal Terhadap Pembiayaan Semula Perumahan Secara Islam Melalui Kontrak Musharakah Mutanaqisah. (2013). Jurnal Teknologi, 64(1). https://doi.org/10.11113/jt.v64.1668